Pengikut

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara semua kerana melawati Blog kami yang tidak seberapanya ini.

Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi sedikit info & berkongsi maklumat bersama penggemar burung terkukur khususnya bagi kaki pikat.

Blog ini juga di hasilkan bagi merapatkan dan bersilaturahim sesama.

Blog ini di hasilkan bagi meneruskan WARISAN seni tinggalan Nenek moyang kita dahulu sehinggalah sekarang ini.

Jika tiada siapa yang menengahkan warisan ini, maka ianya akan terbuku kubur tanpa ada sesiapa yang tahu hasil seni dahulu kala.Warisan ini merupakan warisan yang perlu di naik tarafkan hingga ke depan ke generasi baru.

Bak kata pepatah :

"Tidak Lapuk Dek Hujan "

"Tidak Hilang Warisan Melayu"

Di harapkan anda semua akan terhibur & gembira dengan melawati Blog PWSTM ini.

Selamat melayari blog TERKUKUR yang menjadi hiburan hasil tinggalan Nenek Moyang kita terdahulu sampai lah kepada kita hari ni.............

Akhir kata dari saya : MOTO PWSTM & MOTO KAMI :

"WARISAN SEJAGAT , WARISAN SELAMAN "

From :
PWSTM

SILA LAWATI & BERILAH SOKONGAN KEPADA FORUM KAMI :

SILA KLIK LINK DI BAWAH INI SEGERA :-

http://database1900.13.forumer.com

TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA dari PWSTM di atas sokongan semua pihak, semua sahabat yang mengenali PWSTM atau pun tidak.Khususnya warga TTF semua.

TERIMA KASIH juga kepada pihak MEDIA yang menengahkan seni warisan ini untuk di kongsi oleh semua khususnya SINAR HARIAN DLL.


Khamis, 27 Januari 2011

TRIP MIKAT 2011 - PWSTM/TTF


Salam sejahtera semua sahabat dan warga PWSTM/TTF khususnya

TRIP MIKAT 2011 AKAN BERMULA TIDAK LAMA LAGI
LOKASI : SEPANG
TARIKH : 1.5.2011
HARI : AHAD (CUTI HARI PEKERJA)

Makluman kepada semua sahabat ,bahawa PWST/TTF akan mengadakan TRIP MIKAT TAHUNAN 2011

Seperti TRIP MIKAT di tahun-tahun lepas kita punya misi dan matlamat adalah silaturahim antara semua pemikat TERKUKUR seluruh MALAYSIA khususnya.

Pertemuan bagi mengenali antara sama satu dengan lebih dekat lagi.Bukan hanya di laman memikat sahaja.

Namun pada kali ini kita adakan aktiviti ini lebih awal yakni pada 30.4.2011 (sabtu) yang mana di galakkan semua sahabat hadir menginap di HOTEL SRI MALAYSIA SEPANG bagi kita mengenali dengan lebih dekat lagi.Bukan itu sahaja, kita adakan beberapa aktiviti pada sebelah malam tersebut(sabtu) seperti adakan AGM(annual general meeting) bagi melantik dan membina organisasi dan membentuk hala tuju Persatuan khususnya.

Bagi sahabat yang ingin menginap sila beri nama pada saya melalui sms, call di talian 019-9454303 (long).

Kadar bayaran menginap,lunch(sabtu check in), BBQ (malam) serta breakfast (pagi ahad) adalah sebanyak RM110 seorang.Kos ini adalah kos terendah sekali yg boleh Hotel berikan.

Insyaallah kita akan jemput Datuk Pengarah Kraftangan Malaysia bagi sama-sama merealisasikan program ini.

Di harapkan sahabat yang ingin hadir bermalam dapat berbuat demikian (hantar maklumat) kepada saya melalui forum kita database1900.13.forumer.com atau sms atau call sebelum raya cina kerana kita perlu set dengan pihak hotel segera.

Dan pada TRIP kali ini juga, sesiapa yang ingin hadir membawa rakan atau sahabatnya perlu memberi nama kepada saya seawal mungkin.Jika tiada memberi nama rakan nya yang akan hadir bersama pada trip pihak kami tidak menerima pendaftaran semasa 1.5.2011 (hari trip).

Harap maklum.

Kepada sahabat-sahabat PWSTM/TTF sumbangan hadiah seikhlas hati amatlah kami alu-alukan sepbagaimana TRIP yang lepas-lepas insyaallah.

Dan seperti TRIP di tahun-tahun lepas , jika juga akan membuat sedikit kutipan seikhlas hati daripada warga PWSTM/TTF untuk kita sumbangkan kepada ANAK-ANAK YATIM di kawasan SEPANG yang kita pilih.

Inilah tujuan kita, selain memikat, kita membuat amal jariah kepada anak-anak yang amat memerlukan.

Matlamat kita bukanlah untuk memikat sangat, niat murni kita untuk mempertemukan dan menguatkan tali silaturahim antara semua pemikat di tanahair khususnya.

Yang tua kita hormati, yang muda kita sayangi, yang kenal kita dekati, yang jauh kita rapati.

untuk maklumat lanjut sila lawati forum kami :

http://database1900.13.forumer.com/

sekian

Wassalam

warisan sejagat warisan selaman

longkedah
ADMIN PWSTM/TTF