Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua .
Alhamdulillah
syukur dengan limpah kurnia ilahi Trip kali ke 15 dan trip kali kedua bagi
tahun 2017 yang di adakan di Kg Kepayang Bota Perak Darul Ridzuan , pada 16
September 2017, bersamaan hari Sabtu telah berjaya dilaksanakan dengan
jayanya.Dan sambutan amatlah amat menggalakkan dengan kehadiran rakan-rakan
seramai 500 lebih yang hadir.
Dan
saya mewakili pihak PWSTM mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua rakan2 ahli yg hadir bagi memeriahkan trip kedua pwstm bg tahun
2017 ini di kg kepayang bota perak darul ridzuan .
Ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada semua AHLI JAWATANKUASA ,URUSETIA dan semua
yang terlibat dalam menjayakan TRIP SILATURAHIM ini khususnya kepada rakan2 AJK
PWSTM & AJK KERJASAMA DARI RAKAN2 DI PERAK yang sama2 turut membantu
bagi menjayakan hingga terlaksananya aktiviti PWSTM dengan cemerlangnya.
Ucapan tahniah &
syabas juga kepada semua pemenang kategori terkukur dan merbok diatas usaha
tuan2 sekelian.
Ucapan tahniah juga
kepada semua penerima hadiah2 cabutan bertuah yg sama2 turut menyumbang bg
memrriahkan lagi trip pwstm.
Terima
kasih juga kepada YB yg sudi bersama pwstm dan sudi membantu serba sedikit utk
memudahkan perjalanan aktiviti yg diadakan.
Sekalung
terima kasih jua kpd JKKK kg kepayang bota perak dan seluruh ajk nya dan
kerajaan negeri perak diatas kesudian kerjasama dengan pwstm bg memeriahkan
warisan seni ini.
Akhir
kata dari saya, kemaafan dipinta seandainya ada kekurangan daripada pihak pwstm
semasa melaksanakan aktiviti ini.
Insyaallah
ada masa dan ruang kita bersua lagi ditrip2 yang akan datang.
Sekian
terima kasih, Wassalam
Yang
benar
Longkedah
Pemangku
pengerusi
Persatuan
warisan seni terkukur Malaysia(pwstm)
1 ulasan:
assalamualaikum, salam kenal. Semoga selalu diberikan kesehatan supaya bisa terus berbagi informasi. Terima kasih
Catat Ulasan